Friday, March 6, 2009

Pemergianku....

SeLAMAt TahUn BArU!!!!!!!!!!!
(dah terlambat,xpelah huhu)

Alhamdulillah...sempat jugak nak post satu kat sini bulan ni.
Kehidupan di asrama memanglah memenatkan ya amat...Hidup kat sana kena punctual n patuh jadual harian dr pg sampai mlm kan..jadi tiap2 pagi tu mesti panas telinga sbb kena bakar dgn penunu Bunsen yg mengandungi bebelan dan kemarahan guru2 yg mengajar kat sklh cause kitorg akn TERTIDUR time subjek diorg tuu kehkehkeh
tapi oleh sebab exam TERBESAR hampir dekat,we all nak try ubahlah sikap gitu.Sekarang x ramai sangat pun yang tidur,tersengguk-sengguk ada lah 1,2 org.Yelah,study hard,mlm2 pulak stay up hingga hampir 1 pagi/2.30 pagi.Saya pernah buat macam itu tetapi sekali-sekala je sbb kalau selalu tidur lewat x cukup tidur lah jawabnyer.

Sebenarnya kat sekolah saya tu ada pelajaran bahasa asing(sekolah berasrama penuh);Arab,Jepun,Perancis.Saya sebagai pelajar bahasa Jepun,yg dikatakan bhs yg paling senang utk dipelajari berbanding yg 2 lg tu.Saya rasa apabila kita nak mempelajari dan mengetahui sesuatu semestinya kita tidak boleh lari daripada kesusahan yg mana akhirnya perkara sebegini akan menjadi mudah seandainya kita dapat menguasai ilmu yg dipelajari dan mengamalkannya (mana2 yg baik).Eish,banyak pulak aku membebel nih.


Nak dijadikan cerita,saya telah terpilih utk mengikuti program JENESYS (Japan-East Asia Network Exchange for Students and Youths) di Jepun.Saya berasa bersyukur la jugak walaupun sebenarnya saya berasa sangat takut dan bimbang,sebab saya seorang je sbg wakil dr sekolah saya utk KOHORT 4 bulan 3 nih.Jepun ni bukannya dekat weiii,merentasi Laut China Selatan yg terbentang luas tu,kat Jepun tu pulak kena cakap byk bhs Jepun sbb x ramai rakyat dia yg pandai bahasa Inggeris,sebab kerajaan dia x tekankan sgt pun.Saya memang kagum dgn diorg sebab diorg lebih sygkan bahasa ibunda dan tidak terlalu mengagungkan bahasa Inggeris.Pastu kena jaga adab betul2,agar tidak menyinggung perasan mereka dan demi menjaga imej Malaysia serta hubungan baik antara 2 negara.
Seramai 84 org pelajar SBP dipilih sbg 'duta kecil' Malaysia/peserta JENESYS bulan 3&4 '09;-
##64 org utk bulan 3 dlm program JENESYS Kohort 4.
##20 org pula utk bulan 4 dlm program JENESYS ASEAN Kohort 1.

Saya memang dah set dlm kepala otak saya ni nk beli omiage (hadiah/buah tgn) utk kengkawan dan family dan pihak sekolah kat Jepun nnt.Harap2 cukup duit nak beli,x sampai hati pulak nak balik semula ke tanah air dgn tangan kosong je...Yg cukup menyedihkan,apabila nenek saya dapat tahu yg saya akan ke sana,dia menangis sebab terlalu bimbang & risau tentang saya.Dia selalu suruh saya jaga diri elok2,mintak ngan Allah agar keselamatan saya terjamin dan melindungi saya sepanjang pemergian & perjalanan saya ni setiap detik.Saya pun hampir menangis,saya rasa terharu sgt,betapa sayangnya seorang nenek kpd cucunya,saya berasa bersyukur&bertuah ada nenek cam dia.Tapi masa tu saya tahan air mata,saya xnak terlalu bersedih sebab saya nak tunjuk kat dia yg saya kuat dan tabah.InsyaAllah,dgn keberkatan Allah dan izin-Nya,kerahmatan iringan doa ibubapa saya dan adik2 serta guru2 dan pihak sekolah,melalui petunjuk Allah,saya mampu membawa diri dgn baik,selamat pergi & pulang.Lagipun,nasib baik saya dah ada kawan dlm 64 peserta tu.Saya akan manfaatkan
segala-galanya yg diberikn kpd saya.

Ya Allah,lindungi & tolonglah hamba Mu yg lemah ini...Amin...